7 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka (OSS)
25 09 2007Pembangunan dan perkembangan aktiviti perisian sumber terbuka (Open Source Software) di seluruh dunia berjaya mengubah landskap industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dunia hingga menyebabkan ia berjaya mengurangkan harga perisian dan pada masa yang sama memberikan nilai tambah yang tinggi kepada pengusaha produk digital/maya.
Penganalisis dan penulis buku The Practical Manager’s Guide to Open Source, Maria Winslow menjelaskan, tujuh perkara sebenar mengenai OSS yang memberikan kelebihan kepada pengguna dan juga peniaga iaitu:
1. Anda tidak perlu berkongsi segala pembaharuan (licencing) yang dilakukan terhadap kod sumber perisian bagi kegunaan dalam organisasi. Ini bermakna anda hanya perlu berkongsi kod sumber berkenaan jika ia diedarkan di luar organisasi atau persendirian. Undang-undang perkongsian bagi OSS ialah ia perlu dikongsi jika diedarkan secara terbuka kepada semua dan bukannya perisian untuk dipasang di dalam komputer organisasi.
2. Perisian yang diterbitkan mengikut Lesen Umum (GPL) tidak boleh ditarik balik. Lesen Umum (GPL) adalah tetap dan memiliki nilai pada undang-undang, terutamanya jika diedarkan secara percuma kepada orang ramai. Syarikat atau individu hanya boleh mengenakan bayaran kepada pihak lain jika mereka menyediakan nilai tambah kepada perisian berkenaan atau perkhidmatan sokongan kepada perisian itu.
3. Aplikasi yang diatur cara untuk beroperasi pada persekitaran Linux tidak disyaratkan sebagai OSS. Sistem operasi perisian sumber terbuka dan aplikasi adalah dua entiti berbeza. Ini bermakna pengguna boleh menjual perisian aplikasi yang beroperasi pada persekitaran Linux atau mencipta perisian khusus untuk kegunaan organisasi tanpa melanggar lesen GPL.
4. Aplikasi yang diaturcara menggunakan perkakasan sumber terbuka, bahasa, kod perpustakaan atau pangkalan data tidak disyaratkan sebagai OSS. Aplikasi berasaskan web kini semakin popular dan ia banyak diatur cara menggunakan teknologi sumber terbuka. Hasilnya, kos untuk membangunkan aplikasi berkenaan menjadi lebih murah. Syarikat yang membangunkan aplikasi berkenaan perlu menyemak sama ada kod yang dimanfaatkan itu tidak melanggari lesen GPL.
5. Perisian OSS popular dicipta oleh profesional, bukannya amatur. Sebahagian besar perisian sumber terbuka yang dihasilkan oleh golongan pengaturcara komputer profesional yang diupah atau pekerja dengan syarikat atau organisasi tertentu. Walaupun OSS membolehkan semua pihak terbabit sama namun bagi mendapatkan hasil yang baik, perisian perlu dihasilkan oleh mereka yang benar-benar pakar. Syarikat ICT ternama seperti Apple, IBM dan Novell melabur dengan banyak bagi pembangunan perisian sumber terbuka.
6. Perisian OSS boleh dijual bagi mendapatkan keuntungan. Walaupun pada tanggapan umum, OSS adalah percuma namun sebenarnya mereka yang terbabit dalam membangunkan perisian berkenaan boleh menjual atau menyediakan perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan. Sebahagian besar penyedia perkhidmatan OSS mengikuti pelan perniagaan yang membabitkan perundingan, sokongan atau peningkatan produk.
7. Sokongan komersial tersedia untuk OSS. Nama syarikat gergasi seperti IBM, Sun Microsystems, Red Hat dan Hewlett-Packard (HP) turut menyediakan sokongan komersial kepada OSS. Model umum yang biasa diikuti bagi penyedia perkhidmatan OSS ialah mengenakan bayaran berdasarkan sokongan teknikal yang diberikan dan memberikan perisian secara percuma.
Berikut adalah contoh sebahagian perisian/aplikasi sumber terbuka ini:
1. 7-Zip
2. Abiword
3. AC3Filter
4. ActivePerl
5. ActivePython
6. Azureus (Bittorrent Client)
7. Bloodshed Dev-C++
8. CDex
9. Cygwin
10. Dia
11. eMule
12. FeedReader (RSS Agregator)
13. FileZilla
14. Gaim
15. GnuWin32 (koleksi aplikasi compile untuk win32)
16. Mozilla
17. MrPostman
18. NetTime
19. OpenOffice.org
20. PDFCreator
21. poEdit
22. Putty
23. Thingamablog
24. WinCVS
25. WinHTTrack
26. WinSCP2
27. BitTorrent
28. FreeMind
29. GNucleus
30. WinMerge
31. WinPCap
32. HTP











